Mulianya kerja dakwah sebegini kerana pada zaman rasulluh S.A.W kerja-kerja ziarah amat kuat, dan dewasa ini pernah terjadi suatu ketika tuan rumah takut untuk membuka pintu memandangkan salam di beri hanya sebeanyak 3 kali. Hal ini demikian kerana, dek kerana kelemut masalah sosial seperti jenayah samun, rompak dan pecah masuk rumah walhal tujuan kami semata- mata untuk kerja dakwah sahaja. Namun, sesetengah persepsi masyarakat yang berangapan bahawa jenayah kini semakin berleluasa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu tuan yang mulia yang dihormati Allah sekalian tidak hairanlah tuan rumah takut untuk membuka pintu kerana masalah ini. Tepuk Dada Tanya Iman! Ya Allah ikram kami adalah untuk semua kita di bumi ini untuk kembali ke jalan yang sama yakni kita berpegang kepada satu je kalimah iaitu "Laillahaillaalh". Bertitik tolak daripada inilah, kita semua diseru agar segera untuk mendekatkan amal maaruruf dan mencegah nahi mungkar kerana kehidupan di duia ini adalah sementara waktu sahja manakala akhirat jualah yang kekal abadi. In Shaa Allah. kita semua memang nak kejar dunia dan akhirat oleh itu kita diseru agar meningkatkan ketaqwaan dalam diri kita kepada Allah s.w.t. tidak kira kita berada di segenap empat penjuru di seluruh pelosok dunia jika agama yang dianuti ialah islam maka wajiblah ke atas diri kita untuk melakukan segala suruhanya dan meinggalkan segala larangannnya. Iman kita kadang-kadang boleh bertambah dan berkurang oleh itu tidak mustahil bagi seseorang umat islam boleh berubah agama yag di anutinya disebabkan oleh faktor seperti wang, wanita dan sebagainya lagi . Dan Ya Allah dijauhhilah diri kami semua dan ahli keluarga kami daripada perkara teesebut. Nauzulbillah himinzalik. Segeralah untuk mencapai keredhaan Allah kerana tanpa redha oleh Allah tidak berertilah kehidupan seseorang itu kerana allah yang berkuasa untuk merencanakan sesuatu dan terbalas oleh kemampuan manusia di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment