Mengapa kita memerlukan Allah S.W.T, mengikut hazat Umar R.A yang menyatakan bahawa dengan membasahkankan lidah kita dengan berzikir kita mampu untuk sentiasa mencegah diri kita daripada melakukan maksiat ke atas diri orang lain. Kita tidak mamapu untuk melepaskan banyak perkara yang tidak pastti terutamanya apabila kita berdepan dengan sebarang masalah apabila kita memerlukan Allah S.W.T pada saat itu yang mana Allah S.W.T ialah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita meminta sesuatu kerana seruntai masalah yang di alami apabila kita meminta dengan Allah S.W.T nescaya Allah akan mengurniakan sesuatu kepada kita kerana apabila kita meminta dengan manusia lama-kelamaan manusia akan muak tetapi apabila kita meminta bergantung harap pada Allah S.W.T maka perkara yang sebaliknya berlaku sebenarnya.
Pernah pula apabila teringat satu hadis dlm fadhilat amal yang menyatakan bahawa:
Ramai yang berbicara individu muslim harus ditegakkan dalam diri dulu,
Baru memikirkan mengenai baitul muslim,
Ya itu strategi kami,
Memulakan dakwah melalui hati,
Menarik mereka dengan tajuk yang catchy,
Tarbiyyah itu bermula daripada hati,
Maka hendaklah diselesaikan dahulu masalah hati,
Cinta dan angan langkah beristeri, bersuami haruslah ditolak ke tepi,
Jalan kita berbeza,
Memiliki kotak fikiran yang tidak sama.
Ada yang mengatakan,
Kami berikhtilat lelaki dan perempuan,
Namun ketahuilah,
Hanya kami berbincang mengenai pentadbiran dan pemerintahan,
Isu hati tidak pernah timbul,
Kalau sudah hari-hari menghadap wajah yang serupa,
Maka bagaimana mahu timbul isu cinta?
Tak akan terjadi punya,
Sebab sesama sendiri sudak kenal diri masing-masing,
Perangai dan tingkah yang tak seiring,
Tetapi berlainan pula jika tidak pernah bertemu antara lelaki dan wanita itu,
Pasti akan timbul rindu,
Syahwat mula merangsang untuk mengenal siapakah muslimin dan muslimat yang sering diperkatakan itu?
Malu bertemu muka padahal si dia biasa-biasa sahaja,
Mencuri kenal dalam diam lebih membahayakan,
Daripada bercakap depan-depan.
Selama ini kami berdiam dengan kritikan yang diberi,
Namun hari ini aku berdiri,
Menegakkan panji perjuangan yang aku miliki,
Berbaiah agar sehati dan sehidup semati,
Dengan gerakan ahli.
Kita berbeza hanya dari sudut cara,
Namun matlamat dan misi tetap sama,
Jangan terlalu menggunakan hujah yang serupa,
Nanti kelak padahnya,
Pintaku cuma satu,
Halalkan cara kami,
Jangan sekat pergerakan ini,
Kerana tidak pernah sesekali,
Kami memikirkan untuk menghalang perjuangan para daie,
Kami terima cara kalian,
Dan kami juga telah lama hidup tersiksa,
Berduka di jalan derita,
Kerana itu kami tidak kisah,
Andai dakwah kami susah.
Aku telah berbaiah atas nama Allah,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Atas panji yang dinaungi,
Dan insyaAllah sesekali tidak akan goyah,
Doakan kami istiqamah dalam dakwah,
Juga ibadah.
No comments:
Post a Comment