Salam
ukhwahfillah! Lagu kedua, masih dalam progress, ini test version, belum
diharmonikan dan dirasmikan lagi. Sekarang dalam proses perbaikan.
Apa-apa bentuk komen dan perbaikan untuk memantapkan kualiti dan mesej
lagu ini sangat-sangat dialu-alukan. InsyaAllah segala yang diberikan
mudah-mudahan bermanfaat. Saya sedar suara bukan sehebat mana, cuma
selagi kebaikan mampu disebarkan melalui lagu atau apa jua medium, saya
rela lakukan. Begitu juga untuk anda semua. Semoga dirahmati Allah
semua.
TITLE: Ukhuwah sampai SyurgaNya
VOCAL: FarHan
MUSIC TITLE: Wrinkle (original vocal: GUMI)
LYRICS:
Saban hari bulan dan tahun dalam kehidupan
Sekian lama kuhidup dalam biah Ar-Rahman
Selamanya kusangkakan hidayah takkan menyeru
Sehinggalah kau hadir dan menemuiku
Tok! Dan tahu tak?
Yang Engkau telah berjaya mengetuk pintu hatiku
Berkat pertolonganNya
Ya Allah
Segala puji kupanjatkan hanya untukMu
Nikmat hidayah dan tarbiyah yang Kau beri
Mendatangkanku seseorang
Untuk menyedarkanku tentang akhirat
Bahawa kita hanya hidup sampai kiamat
Walau kecil mahupun besar
Terima kasih oh sahabat
Saban hari bulan dan tahun masa yang berlalu
Mengharungi setiap detik yang bermakna
Berbagai ujian dan liku tak henti mendatang
Jadi jangan berhenti bersabar dan terus karyakan
Jom! Halaqoh
Rutin mingguan yang bukan sekadar hanya pertemuan
Ianya penyucian
Ya Allah
Segala puji kupanjatkan hanya untukMu
Nikmat hidayah dan tarbiyah yang Kau beri
Mendatangkanku seseorang
Untuk menyedarkanku tentang akhirat
Bahawa kita hanya hidup sampai kiamat
Walau kecil mahupun besar
Terima kasih oh sahabat
Perspektif masyarakat anggaplah ia sebagai alasan
Untuk meraih kefahaman dan melatih ketaatan
Untuk terus ikhlas mengharap redhaMu Ya Allah
Dan selamanya ku kan terus bergerak
Terus meraih status insan terbaik
Di sisi Engkau Ya Allah
Segala puji kupanjatkan hanya untukMu
Perkuatkanlah iman untukku terus beramal
Membina insan bertaqwa
Dalam diriku dan dirinya
Terima kasih oh sahabat
Berukhuwah sampai syurgaNya
Oh Ya Allah
No comments:
Post a Comment